Saturday, June 21, 2008

WARNA AURA DAN PERSONALITI



Aura boleh dilihat sama ada menggunakan alat khas ataupun menggunakan mata kasar (memerlukan latihan) dan physician/pengamal yang baik berkebolehan membaca personaliti dan juga status mood seseorang individu itu dengan melihat kepada warna, bentuk dan juga saiz auranya. Setiap warna Aura ini dilihat sebagai satu lapisan tetapi berhubung antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Aura juga boleh dilihat sebagai medium komunikasi bawah sedar kita selain dari menjadi pertahanan pertama tubuh badan fizikal kita. Bentuk, saiz dan warna aura tidak tetap. Ini kerana bentuk, warna dan saiz aura kita dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti emosi, persekitaran, kesihatan dan lain-lain lagi. Tubuh fizikal kita adalah dipengaruhi oleh Aura diri kita, maka sentiasa memastikan diri kita mempunyai Aura yang baik adalah sangat penting dalam kehidupan.

0 comments:

Music

.